PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD

Tentang PPPB

Perkampungan

Borang Tempahan Lot Tanah

Borang Dana

Buku Tetamu

Qismul 'Aliyy

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hit Counter

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Profil ini bertujuan untuk memberi penerangan ringkas tentang Pusat Pembangunan Pondok Berhad dan menyeru badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat swasta, individu-individu untuk sama-sama mengembeling tenaga dan harya benda bagi menjayakan matlamat penubuhan pusat ini


Perutusan Menteri Besar Kelantan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt dengan kurnianya Pusat Pembangunan Pondok Berhad dapat mengadakan menyuarat agung pertamanya untuk menilai prestasi dan aktiviti badan tersebut.

Memandangkan di zaman akhir-akhir ini telah mengalami ketandusan ulama-ulama yang ketara, begitu juga dengan institusi pondok yang semakin lemah, maka kebangkitan tuan-tuan guru pondok dalam badan PPPB ini adalah kena pada masanya.

Oleh itu diharapkan PPPB ini dapat memberikan nafas baru kepada institusi pengajian pondok di Kelantan bagi menyebarkan ilmu-ilmu Islam bahkan akan dapat menjadikan badan pertubuhan Islam yang berjaya di Kelantan ini khasnya dan di Malaysia amnya.

Mudah-mudahan dengan kejayaan PPPB di Kelantan ini akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang menghadapi masalah institusi pengajian pondok yang sama

Saya juga berharap agar pentadbir dan pihak pengurusan PPPB ini akan menjalankan amanah dengan jujur dan ikhlas bagi mencapai matlamat PPPB. Dan saya mengharapkan juga agar semua pondok-pondok Kelantan akan menjadi ahli PPPB ini demi untuk kejayaan institusi pondok itu sendiri.

Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS akan cuba memberi segala bentuk kerjasama dan bantuan yang sesuai untuk menolong PPPB ini mencapai wawasannya. Akhir kata kita mengharapkan agar PPPB dapat mencapai kejayaan sebagaimana yang dirancang dalam masa yang segera InsyaAllah.

Sekian terima kasih.

Wassalam

Membangun Bersama Islam

tt.
Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 28 Rabi'ulakhir 1417H
Bersamaan: 12 September 1996M

 


Perutusan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah

Kita telah maklum bahawa pengajian secara pondok adalah institusi penajian Islam yang merangkumi bidang pendidikan dan tarbiyyah yang berlandaskan konsep pengajian Islam.

Institusi ini juga adalah sistem ilmu terawal di Malaysia yang telah berjaya membangunkan pembangunan mental dan fizikal ummah seperti yang terbukti dengan lahirnya banyak ulama-ulama, pemimpin-pemimpin masyarakat, pendakwah-pendakwah, yang bertaqwa dan ikhlas dan telah menjadi tumpuan masyarakat setempat dalam menyelesaikan segala masalah yang berlaku.

Kini pondok-pondok tersebut telah berkurangan dengan matinya pengasas di tempat pengajian tersebut tanpa pengganti. Memandangkan hal yang seumpama ini kiranya dibiarkan berterusan lambat laun jenerasi-jenerasi yang akan datang tidak akan dapat menikmati pengajian secara pondok bahkan mereka hanya mengenal nama pondok sahaja.

Di atas kesedaran dan rasa tanggungjawab bersama maka ditubuhkan PPPB agar ianya InsyaAllah dapat menyelesaikan permasalahan dan dikembalikan peranan institusi pengajian pondok bagi menangani permasalahan ummah yang makin merebak sekarang ini supaya meningkatkan Syi'ar dan kefahaman Islam di kalangan ummah, menjadi penaung dan penyelaras serta menjadi wakil pertubuhan pondok di tempat-tempat yang diperlukan.

Ana selaku Pengerusi badan ini menyeru ummat Islam supaya dapat memberi sokongan, sumbangan dan buah fikiran membina agar segala hasrat danniat yang baik ini dikabulkan oleh Allah swt serta badan ini InsyaAllah dapat menyelesaikan kelemahan-kelemahan yang ada demi untuk menjadikan institusi pondok sebagai institusi yang berkesan menyebarkan ilmu agama dan mendakwah sekelian ummah.

Sekian dimaklumkan.

Pondok Teras Ilmu Agama

Yang benar
tt..
Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar
PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD
MARKAZ PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK
PONDOK TERUSAN, PASIR TUMBOH,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel: 609-7659088 Faks: 609-7659099

Hakcipta terpelihara. Segala masalah atau persoalan berhubung laman web ini sila berhubung dengan webmaster